Jangan begitu teruja bubuh nama anak yang unik tapi...

Iklan
IKUTI garis panduan Islam ketika menamakan anak.

ANAK-ANAK pada zaman milenial kini mempunyai nama yang 'canggih' dan panjang.

Adakalanya nama yang dibubuh ibu bapa itu tergeliat lidah untuk disebut hingga 'dibunyikan' lari daripada sebutan yang sepatutnya.

Iklan
Iklan

Semua itu ada kaitannya dengan trend semasa dan mahu 'trending'.

Pada saat kita begitu teruja untuk memberikan nama yang cantik kepada anak, jangan abaikan beberapa faktor antaranya maksud di sebalik nama berkenaan.

Iklan

Ini kerana pemberian nama sangat penting dalam Islam.

Ketahuilah Islam ada menyediakan panduan tertentu ketika menamakan anak.

Iklan

Pastinya nama yang membawa maksud terbaik menjadi pilihan utama.

Namun, apakah faktor yang perlu diambil kira dalam membubuh nama cahaya mata kita? Apakah nama yang paling disukai ALLAH SWT dan Rasulullah SAW?

Semua persoalan itu akan dirungkaikan dalam Sinar Islam esok.