PENYANDANG juara, Manchester City terus memberi tekanan kepada pendahulu Arsenal selepas menewaskan Nottingham Forest, 2-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium City Ground pada Ahad.
Pengendali The Citizens, Pep Guardiola menampilkan kesebelasan terbaik tanpa mesin gol, Erling Haaland ternyata berdepan keampuhan bahagian The Forest kendalian Nuno Espírito Santo.
Iklan
Iklan
Pemain pertahanan, Josko Gvardiol meletakkan The Citizens memimpin separuh masa pertama menerusi tandukan selepas menterjemahkan sepakan penjuru Kevin De Bruyne pada minit ke-32 menewaskan Matz Sels.
Separuh masa kedua Guardiola memperkemaskan bahagian benteng apabila mengantikan Ederson dengan Stefan Ortega.
Haaland yang dimasukkan pada minit ke-62 mengantikan Jack Grealish membalas kepercayaan tersebut apabila menghasilkan gol kedua The Citizens sembilan minit selepas itu.
Mata ke-79 liga menyaksikan Manchester City satu mata di belakang Arsenal yang memiliki kelebihan satu perlawanan.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!