Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah

Iklan
Biden dan Netanyahu dilaporkan mengkaji semula rundingan yang dirangka untuk membebaskan beberapa tebusan yang ditahan sejak serangan 7 Oktober. - Foto fail Reuters

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengulangi pendirian tidak akan menyokong operasi Israel ke atas Rafah tanpa rancangan kemanusiaan yang sesuai dan boleh dipercayai.

Mesej itu disampaikan menerusi perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Ahad.

Iklan
Iklan

Kedua-dua pemimpin kali terakhir bercakap pada 13 April, selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu dan dron terhadap Israel.

Biden dan Netanyahu dilaporkan mengkaji semula rundingan yang dirangka untuk membebaskan beberapa tebusan yang ditahan sejak serangan 7 Oktober ditambah dengan gencatan senjata serta-merta di Gaza.

Iklan

Mereka juga membincangkan peningkatan kadar penghantaran bantuan, termasuk persediaan untuk membuka lintasan baharu ke Gaza. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan