Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Iklan
Mansor pada sidang media di Auditorium Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), di sini pada Isnin.
SUNGAI PETANI - Penutupan operasi pasar malam pada waktu Maghrib di semua kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kedah tidak membabitkan peniaga bukan Islam.
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Iklan
Iklan
"Peniaga bukan Islam khususnya di pasar malam yang dianjurkan di kawasan majoriti atau rumah ibadat bukan Islam, tidak tertakluk kepada peraturan tersebut," katanya pada sidang media di Auditorium Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), di sini pada Isnin.
Beliau berkata, penjelasan dibuat agar keputusan terbabit tidak dijadikan isu memandangkan baru-baru ini wujud pertikaian yang dilaporkan sebuah portal yang mengaitkan arahan itu dengan masyarakat bukan Islam.
Iklan
"Selain boleh menunaikan solat dalam keadaan selesa dan tidak tergesa-gesa, ianya juga dapat mendidik peniaga Islam menunaikan solat di awal waktu, malah peniaga berpeluang untuk menunaikan solat secara berjemaah di surau atau masjid yang berdekatan," katanya.
Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan kenyataan Mansor yang mengarahkan semua peniaga pasar malam di negeri ini memberhentikan operasi perniagaan seketika bagi menghormati waktu solat Maghrib bermula 1 Mei ini selaras Keputusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK) yang bersidang pada 21 Februari lalu.
Iklan
Katanya, tempoh itu bermula lima minit sebelum dan selepas waktu solat Maghrib.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam