Model koperasi kariah masjid, sekolah Angkasa jadi rujukan

Iklan
Abdul Fattah

KOTA BHARU - Model koperasi kariah masjid dan koperasi sekolah yang diperkenalkan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menjadi rujukan di Kemboja dan Filipina.

Presidennya, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, setakat ini lapan koperasi di Kemboja dan Filipina sudah mengikuti model yang diperkenalkan oleh Angkasa.

Iklan
Iklan

"Model yang diperkenalkan di Kemboja dan Filipina mendapat respon yang baik kerana ia lebih praktikal dalam survival pertubuhan koperasi pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Angkasa Kelantan di sini pada Isnin.

Menurut beliau, model koperasi yang diperkenalkan Angkasa di negara-negara tersebut lebih dekat dengan komuniti sekali gus memudahkan penerimaan masyarakat setempat.

Iklan

Ujarnya, empat produk dari Malaysia diperkenal dan diadaptasi oleh koperasi luar negara iaitu model koperasi masjid, koperasi sekolah, produk halal dan kewangan Islam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan