MATRIX Connexion yang terkenal dengan penyelesaian transformasi digitalnya yang inovatif, hari ini memperkenalkan ‘Stax’, perkhidmatan analitik data dan gudang sebagai perkhidmatan yang diperkemas kini berpandukan AI (AI-driven Data Analytics and Warehouse as a Service) yang telah diperkemaskan.
Dibina berasas Google Gemini, perkhidmatan ini merevolusikan cara syarikat-syarikat bersaiz sederhana dan perniagaan korporat mengakses dan menggunakan analisis data dan AI, menjadikannya lebih berpatutan dan selamat untuk pelanggan mereka memulakan pengurusan data mereka.
Dibezakan dengan kemampuannya dan kemudahan integrasi, tawaran terkini Matrix Connexion mendemokrasikan analitik data untuk spektrum perniagaan yang lebih luas.
Platform ini sesuai untuk syarikat bersaiz sederhana hingga besar dan boleh diubahsuai mengikut keperluan mereka, serta dengan mudah diperluaskan apabila keperluan mereka bertambah.
Perkhidmatan ini direka untuk syarikat yang ingin meningkatkan usaha dalam membuat keputusan strategik melalui pengurusan data yang cekap. Dengan mengurangkan kerumitan operasi data, ia membolehkan syarikat memberi lebih tumpuan kepada aktiviti utama pertumbuhan dan mengurangkan pengendalian teknikal data.
Salah satu kelebihan utama perkhidmatan yang dijana oleh AI ini ialah keupayaannya untuk memperkemas dan mempercepatkan pemprosesan data.
Syarikat itu menjangkakan lebih penjimatan masa dengan fungsi analisis data automatik, yang membawa kepada cerapan yang lebih pantas dan kecekapan operasi yang lebih baik.
Ketua Pegawai Eksekutif Matrix Connexion, Sean Tay berkata, kerjasama berterusan kami dengan Google Cloud adalah penting untuk menawarkan perkhidmatan yang menggabungkan teknologi tercanggih AI di samping menyediakan penyelesaian data yang selamat, komprehensif dan mudah diakses.
Matrix Connexion kekal berdedikasi demi penambahbaikan dan inovasi berterusan dalam perkhidmatan data untuk memenuhi permintaan pasaran global yang sentiasa berubah-ubah.
Pelanggan boleh menantikan kemas kini terkini dan ciri terbaharu yang memastikan mereka sentiasa berada di hadapan dalam teknologi data.
"Kami menjemput media, pihak berkepentingan dan bakal pelanggan untuk mengetahui bagaimana cara perkhidmatan analitik data dan gudang sebagai perkhidmatan berpandukan AI boleh mengubah operasi perniagaan mereka," katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!