Perdagangan Malaysia- Arab Saudi boleh diperkukuh menerusi kerjasama

Iklan
Tengku Zafrul (kiri) bersama Menteri Perindustrian dan Sumber Mineral Arab Saudi, Bandar bin Ibrahim Alkhoreyaf semasa pertemuan pada sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi. Foto X Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR - Kerjasama antara Malaysia dan Arab Saudi dengan saling memanfaatkan kekuatan antara satu sama lain dalam industri tertentu akan dapat menyokong pertumbuhan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata demikian menerusi hantaran di laman X hari ini sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi.

Iklan
Iklan

Tengku Zafrul Abdul berkata, semasa pertemuan beliau bersama Menteri Perindustrian dan Sumber Mineral Arab Saudi, Bandar bin Ibrahim Alkhoreyaf kedua-dua mereka membincangkan tentang peluang kerjasama dalam pelbagai sektor industri terutamanya sektor pertumbuhan tinggi.

Bertemakan 'Kerjasama Global, Pertumbuhan dan Tenaga untuk Pembangunan', WEF yang berlangsung dari 28-29 April itu disertai lebih 1,000 pemimpin dunia daripada 92 negara, termasuk ketua negara dan kerajaan, ahli pemikir dari sektor awam dan swasta, selain organisasi antarabangsa, institusi akademik dan badan bukan kerajaan (NGO).

Iklan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menghadiri mesyuarat itu atas jemputan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman yang juga Perdana Menteri.

Mesyuarat tersebut diadakan dengan matlamat untuk mencari penyelesaian kepada pelbagai cabaran global berkaitan isu kemanusiaan, iklim dan ekonomi.- Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!