Kuasa persatuan tentukan gaji

Iklan
Hannah. Foto Bernama

SETIAP Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) di negara ini mempunyai terma berbeza dalam menguruskan organisasi mereka termasuk pembayaran gaji kepada presiden dan ahli jawatankuasanya.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, perkara tersebut tidak termasuk dalam bidang kuasa menteri, sebaliknya ditentukan oleh persatuan itu sendiri.

Iklan
Iklan

"Terpulang kepada kemampuan kerana setiap persatuan sukan ada komitmen dan tanggungjawab yang berbeza.

"Ada yang sepenuh masa (memegang jawatan presiden), ada separuh masa dan ada secara sukarela,” kata Hannah kepada media selepas melancarkan sambutan ‘Play Ture Day’ dan sesi ramah mesra menteri bersama warga kementerian dan pemegang taruh utama KBS di Arena Axiata, Bukit Jalil pada Isnin.

Iklan

Hannah menegaskan apa yang lebih penting adalah persatuan sukan perlu berada dalam kedudukan kewangan yang kukuh jika mahu membayar gaji untuk jawatan tertentu.

"Perkara itu tidak berada di bawah bidang kuasa menteri untuk masuk campur. Semua terpulang kepada PSK untuk mengendalikan urusan kewangan masing-masing," katanya.

Iklan

Perkembangan itu merujuk kepada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang sebelum ini didakwa gaji mencecah RM90,000 sebulan tidak termasuk elaun daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dan juga Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Hamidin bagaimanapun menganggap persoalan tentang perkara tersebut bersifat peribadi dan tidak perlu dikongsikan.

Beliau berkata, perkara utama yang perlu difahami adalah keputusan membenarkan Presiden FAM memperolehi gaji sudah diluluskan oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi (Exco) badan induk itu ketika di bawah pentadbiran Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku Presiden FAM sebelum ini.

Jelas Hamidin, statusnya sebagai presiden sepenuh masa dan menerima beberapa faedah sudah ditetapkan ketika beliau dipilih sebagai Presiden FAM pada 2018 bagi menggantikan Tunku Ismail yang ketika itu masih bergelar Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!