SKUAD badminton wanita negara terpaksa akur kehebatan Thailand apabila tewas 0-5 dalam perlawanan kedua Kumpulan B Piala Uber 2024 di Gimnasium Pusat Sukan Zon High-Tech Chengdu, China pada Isnin.
Pemain perseorangan wanita Thailand, Supanida Katethong mengutip mata pertama pasukannya dengan menewaskan K Letshanaa, 21-17, 21-6 dalam masa 31 minit.
Go Pei Kee-Teoh Mei Xing yang menghadirkan mata pertama negara ketika tewas 1-4 kepada Taiwan juga akur pengalaman Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Projingai 10-21, 14-21 dalam masa 33 minit.
Pornpawee Chochuwong yang head to head pertama kali dengan Wong Ling Ching, tidak berdepan masalah apabila mengambil masa 35 minit menewaskan lawannya 21-11, 21-15.
Gandingan Laksika Kanlaha-Phataimas Muenwong meneruskan rentak kemenangan Thailand apabila mengambil masa 29 minit menyingkirkan cabaran Chan Wen Tse-Tan Zhing Yi, 21-12, 21-8.
Siti Nurshuhaini Azman melabuh cabaran negara apabila mudah dijinakkan Busanan Ongbamrungphan 5-21, 8-21 dalam masa 27 minit.
PIALA UBER CHENGDU 2024
Kumpulan B
Thailand 5 - 0 Malaysia
Supanida Katethong tewaskan K Letshanaa, 21-17, 21-6
Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Projingai atasi Go Pei Kee-Teoh Mei Xing, 21-10, 21-14
Pornpawee Chochuwong jinakkan Wong Ling Ching, 21-11, 21-15
Laksika Kanlaha-Phataimas Muenwong atasi Chan Wen Tse-Tan Zhing Yi, 21-12, 21-8
Busanan Ongbamrungphan tewaskan Siti Nurshuhaini Azman, 21-5, 21-8
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!