Wanita warga emas ditemui rentung dalam kebakaran

Iklan
Rumah yang dihuni mangsa bersama anak dan cucunya terbakar di Kampung Sungai Kapur, Jalan Ulu Dusun, Batu 28, Sandakan.

SANDAKAN - Seorang wanita warga emas ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran rumah di Kampung Sungai Kapur, Jalan Ulu Dusun, Batu 28 dekat sini pada tengah malam Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, mangsa berusia 84 tahun gagal menyelamatkan dirinya sebelum mayatnya ditemui berhampiran pintu rumah.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.41 tengah malam.

Menurutnya, seramai 12 anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 45 kilometer dari BBP Sandakan.

Iklan

"Sebaik tiba, kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal yang terbakar 100 peratus.

"Terdapat empat sekeluarga di dalam rumah terbabit iaitu seorang anak mangsa dan dua lagi cucunya. Mangsa tidak sempat menyelamatkan diri dan mayatnya yang rentung ditemukan berhampiran di pintu keluar rumah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya manaka operasi memadamkan kebakaran ditamatkan pada jam 3.17 pagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!