Lebih 20 kenderaan didakwa pancit akibat serpihan besi di LPT1

Iklan
Tangkap layar gambar berhubung dakwaan besi di LPT oleh ' i love Pahang' pada Selasa.

KUANTAN - Tular lebih 20 kenderaan tersadai di laluan Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) dari Kuala Lumpur ke arah timur pada Selasa apabila mengalami tayar bocor didakwa akibat terkena serpihan besi yang bertaburan di atas jalan.

Dua keping gambar telah dimuat naik di halaman laman sosial Facebook 'i Love Pahang' pada pagi tadi menunjukkan besi pelbagai bentuk didakwa menjadi puncanya.

Iklan
Iklan

Berdasarkan maklumat diberikan, laluan yang terlibat dalam penemuan besi 'bracket' terbabit di antara Lancang dengan Temerloh.

Sementara itu, pengendali lebuh raya terbabit, ANIH Berhad turut memaklumkan bahawa terdapat banyak kenderaan yang mengalami tayar pancit di kawasan terbabit dan meminta semua pengguna untuk bersabar dan berhati-hati.

Iklan

Perkongsian 'i Love Pahang' itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya apabila lebih daripada 800 pemilik akaun laman sosial itu meninggalkan pelbagai reaksi, termasuk tanda sedih manakala 135 di antaranya turut berkongsi hantaran terbabit.

Hampir 153 pengguna Facebook meninggalkan pelbagai komen, termasuk Gula Tawar yang memaklumkan dia turut menjadi mangsa dan turut memuat naik sekeping gambar.

Iklan

Pemilik akuan bernama Mohd Hirman pula memberi komen '#PDRM sila buat siasatan'.

Sinar Harian bagaimanapun cuba untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada syarikat konsesi berhubung perkara ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!