Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz

Iklan
Fitria Elfina Maharip, Safee Sali

KUALA SELANGOR - Bekas isteri Safee Sali memfailkan tuntutan balas nusyuz terhadap bekas pemain bola sepak kebangsaan itu di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Selasa.

Peguam syarie, Fauzan Ziman Hassan mewakili Fitria Elfina Maharip berkata, tuntutan itu difailkan pihaknya pada prosiding sebutan kes di hadapan Hakim Syarie Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.

Iklan
Iklan

"Pada masa sama, kita turut memfailkan tuntutan balas iaitu memohon kepada mahkamah mensabitkan nusyuz terhadap Safee berkaitan beberapa perkara dalam tempoh perkahwinan bersama Fitria,” katanya ketika ditemui selepas prosiding itu pada Selasa.

Ujarnya, sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.

Iklan

Safee dan Fitria bagaimanapun tidak menghadiri prosiding itu, manakala plaintif diwakili peguam syarie Nur Syarafana Kamaruddin.

Fauzan Ziman hadir bagi prosiding tuntutan balas nusyuz terhadap Safee Sali di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Selasa.

Mengulas mengenai tuntutan nusyuz difailkan Safee sebelum ini, Fauzan Ziman berkata, antara tuntutan plaintif berkaitan dakwaan defendan meninggalkan anak dengan pulang ke Batam, Indonesia pada Februari lalu.

Iklan

Bagaimanapun, beliau memberitahu, pihaknya sudah mengemukakan semua dokumen pembelaan kepada mahkamah.

Sinar Harian pada 26 Mac lalu melaporkan, pergolakan rumahtangga Safee dan Fitria Elfina akhirnya berakhir apabila mereka bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah.

Mahkamah memutuskan demikian selepas mengesahkan penceraian menerusi pesanan WhatsApp pada Februari lalu itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Sebelum ini, Fitria Elfina mendakwa, bekas penyerang itu mula berubah sikap selepas berkahwin lain di Thailand.

Fitria Elfina turut memfailkan tuntutan hadanah terhadap Safee berhubung hak penjagaan dua anak perempuan mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 18 Mac lalu.

Safee Sali bernikah dengan Fitria Elfina yang merupakan warga Indonesia pada 21 Disember 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Sebelum itu, Safee juga pernah berkahwin dengan Sabarina Yusof pada 2007 sebelum berpisah pada 2 April 2012 dan dia juga mempunyai dua anak hasil perkongsian hidup pada perkahwinan pertamanya.

Fauzan Ziman hadir bagi prosiding tuntutan balas nusyuz terhadap Safee Sali di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Selasa.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!