Datuk Seri disambung reman

Iklan
Suspek ditahan sejak Selasa lalu bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

KUANTAN - Tempoh reman ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang ditahan kerana disyaki menjual syiling emas berpotretkan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah tanpa kebenaran dilanjutkan sehingga Ahad ini.

Perintah lanjutan reman dikeluarkan Majistret, Humairah KM Haider hari ini.

Iklan
Iklan

Suspek berusia 30 tahun dari Petaling Jaya itu ditahan di hadapan sebuah restoran di Seri Gombak, Selasa lalu bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Susulan penahanan suspek, polis menemui dan merampas tiga keping syiling emas berkenaan yang dianggarkan bernilai RM8,000 setiap satu dan buku katalog.

Iklan

Penahanan suspek itu susulan laporan polis pegawai penyelaras keselamatan Pemangku Raja Pahang selepas menerima titah baginda berhubung penjualan syiling emas dengan gambar baginda, Sultan Pahang dan jata Sultan Pahang tanpa kebenaran, 28 Disember lalu.

Suspek dibawa ke Kuantan untuk siasatan lanjut dan ditahan reman selama dua hari sehingga hari ini sebelum tempoh itu dilanjutkan.

Iklan