PERKAHWINAN pelakon dan pengacara, Irma Hasmie bersama Redza Syah Azmeer sudah berakhir enam bulan lalu.
Berita itu disahkan rakan baik Irma iaitu Reen Emran menerusi Insta Story miliknya dan turut dikongsikan pengacara serta penceramah motivasi, Amin Idris melalui medium sama.
"Bagi menjawab kepada persoalan apakah status mereka (Irma serta Redza) sekarang dan untuk mengelakkan dari terus timbul fitnah.
"Saya dengan ini mewakili sahabat saya ingin mengeluarkan kenyataan (dengan izin dia sendiri).
"Buat pengetahuan... mereka sudah sah bercerai 6 bulan lepas. Dengan persoalan yang sudah terjawab, saya mohon pada semua beri ruang untuk sahabat saya,” kongsinya.
Dalam masa sama, Reen memaklumkan, Irma atau penuhnya Irma Hasmie Ibrahim dan dua anak iaitu Redza Syed Irfhan, 11, serta Irma Nur Naylie, 10, berada dalam keadaan baik.
"Alhamdulillah dia dan anak-anak okay dan sihat saja.
Bukan itu sahaja, Reen turut mendedahkan wanita berusia 42 tahun itu akan mengerjakan ibadah haji tidak lama lagi.
"Mohon semua doakan yang baik baik buat sahabat saya. Terima kasih semua...” katanya.
Sebelum ini, rumah tangga Irma dan Redza menjadi perhatian selepas bekas suaminya itu berkongsi foto perkahwinan di akaun Instagram
Sebelum ini, timbul dakwaan rumah tangga Irma dan suami berantakan selepas Irma memuat naik status mengenai kesabaran seorang wanita, selain jarang memuat naik foto bersama sejak Ogos 2023.
Untuk rekod, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!