SHAH ALAM - Golongan mahasiswa harus menggunakan masa di universiti berkenal-kenalan antara satu sama lain, khususnya dalam membina rangkaian yang boleh dimanfaatkan semasa memasuki alam pekerjaan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, rangkaian yang besar itu boleh digunakan setelah mereka menamatkan alam universiti untuk mencari pekerjaan dalam pelbagai bidang.
"Ada yang mungkin (bekerja) ke bidang politik, ada dalam pentadbiran atau perniagaan. Jadi, rangkaian inilah yang akan menguatkan apa sahaja bidang yang akan diceburi.
Dalam pada itu, Fadillah turut menasihati pelajar untuk sentiasa fokus dalam pelajaran serta apa sahaja perkara yang dilaksanakan ketika berada di universiti.
"Jadi, saya mendoakan anak-anak pelajar agar berjaya kerana Malaysia memerlukan anda semua untuk terus memacu pembangunan negara pada masa akan datang.
"Hal ini kerana zaman sekarang jika tidak ada ilmu, tidak ada pengetahuan dan kemahiran, kita akan berdepan dengan cabaran kehidupan yang lebih sengit. Jadi, timbalah ilmu sebaiknya,” kata beliau.
Dalam majlis itu, Fadillah turut berkesempatan menyerahkan sumbangan kepada 20 pelajar UiTM terdiri daripada golongan asnaf dan Orang Kurang Upaya (OKU) di samping beramah mesra dengan pelajar-pelajar. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!