Berdepan mahkamah media sosial
Iklan
FILEM Sheriff: Narko Integriti, arahan Syafiq Yusof, terbitan Skop Production sedang menuju kejayaan. Belum pun sampai dua minggu, filem yang dilancarkan pada 18 April lalu telah mendapat kutipan pecah panggung RM31 juta.
Ramai yang memberi ulasan, selain daripada para pelakon yang menjadi formula tarikan penonton, jalan cerita yang mempunyai pelbagai kilas plot dan hal-hal teknikal seperti pengarahan, dialog, pencahayaan, kesan khas dan runut bunyi digarap dengan cemerlang.