Goyang dugem
Iklan
MASIH ingat Pak Maon dengan goyang pasak tumitnya di pesta muda mudi? Bukan goyang gerudi. Itu Inul Daritista. Goyang Pak Maon sesuai untuk semua peringkat umur. Goyang gerudi, kalau makcik-makcik atau nenek-nenek yang buat, anak cucu mungkin berebut-rebut hendak terjun lombong.
Apa pun saya percaya sesiapa sahaja yang pernah menonton filem Nasib Do Re Mi (1966) tidak akan lupa pada goyang Pak Maon, watak yang dilakonkan dengan sangat berkesan oleh seniman legenda Allahyarham Datuk Mahmud June.