Tuntut penyelenggara jalan
Iklan
MEMANG pengguna jalan raya sudah cukup menderita apabila jalan yang mereka lalui tidak dijaga dengan baik. Banyak jalan yang rosak dan berlubang termasuk di kota-kota utama dan bandar-bandar kita.
Dalam kes terbaru, seorang penunggang motosikal dapat gantirugi RM721,000 akibat kemalangan yang dialaminya. Mahkamah Sesyen di Johor Bahru telah memerintahkan syarikat penyelenggara jalan yang dilantik oleh kerajaan negeri supaya membayar ganti rugi.