VIP lalu jalan mana?

Iklan
Isu kerosakan jalan raya sehingga menyebabkan kemalangan yang membawa maut bukan perkara baharu di negara kita. Gambar hiasan

ISU kerosakan jalan raya sehingga menyebabkan kemalangan yang membawa maut bukan perkara baharu di negara kita.

Peka dengan keadaan itu mendorong pengguna mengambil inisiatif sendiri meletakkan apa juga benda yang boleh dijadikan tanda amaran seperti batang pisang, tayar, dahan pokok dan kon di jalan berlubang agar pengguna lain lebih berhati-hati, selain manifestasi rasa geram dengan tindakan pihak berwajib yang seolah-olah tutup mata.

Iklan
Iklan

Kisah seorang pengguna jalan raya, Razali @ Mohd Leey Subeh, 49, yang berjaya memperoleh ganti rugi berjumlah RM721,000 daripada sebuah syarikat penyelenggara jalan sebelum ini membuka mata banyak pihak.

Ini kerana, tidak banyak kes kemalangan yang disebabkan struktur jalan yang tidak elok, di bawa ke muka pengadilan dan mereka yang bertanggungjawab perlu membayar ganti rugi.

Iklan

Selain lubang akibat jalan rosak, seperkara lagi yang perlu diberi perhatian adalah lubang ' jadian' yang terhasil daripada kerja-kerja naik taraf oleh kontraktor dilantik.

Amat memalukan apabila jalan yang sebelum ini rata, menjadi sebaliknya kerana kerja-kerja menampal tidak dilakukan dengan sempurna.

Iklan

Seperti kita boleh jangka, setiap kali ada kerja-kerja pembaikan jalan atau menggantikan paip usang, belum ada kontraktor yang berjaya memastikan kawasan yang terbabit akan kembali seperti asal.

Dengan kata lain, jalan yang asalnya elok, akan rosak selepas kerja-kerja berkenaan.

Sama ada tiada sebarang laporan, tidak mahu memanjangkan isu atau jalan rosak dan berlubang berkenaan tidak dilalui langsung oleh pihak berwajib atau orang kenamaan (VIP). Kadang-kadang terfikir mereka ini guna jalan mana?

Risiko paling besar adalah kehilangan nyawa. Paling tidak pun, cedera atau terpaksa membaiki kenderaan yang rosak akibat terlanggar lubang tersebut.

Ada jalan yang dibawah seliaan Jabatan Kerja Raya, ada pula di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT), jadi rajin-rajinlah untuk melayari laman sosial pihak berkenaan untuk buat apa juga tuntutan yang munasabah jika kita ditimpa musibah jatuh ke dalam lubang di jalan raya. Itu hak kita.

Jadi, kita perlu sentiasa peka selepas ini, gunakan apa saja talian hotline yang disediakan kerajaan untuk membuat aduan dan jika masih tiada tindakan, taglah wakil rakyat di kawasan masing-masing agar media sosial yang ada tidak hanya digunakan untuk berkongsi catatan lebaran dan rumah terbuka saja.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!