KELANTAN Darul Naim FC (KDN FC) terus memperkemaskan pasukan dengan mengikat pemain tengah Mior Dani Armin Mior Ariffen bagi menghadapi saingan Liga Super musim ini.
KDN FC dalam satu kenyataan berkata, pemain berkenaan bukanlah asing dengan peminat Kelantan kerana sebelum ini pernah beraksi dengan The Red Warriors (TRW) pada musim 2021.