Bayern tekad bangkit di Madrid

Iklan
Kane antara penjaring gol buat Bayern ketika menentang Real dalam separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Stadium Allianz Arena, pada Rabu. Foto: Agensi

GERGASI Bundesliga, Bayern Munich menjadi mangsa kepada keberkesanan rangkaian taktikal Real Madrid ketika dipaksa seri 2-2 dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Stadium Allianz Arena, pada Rabu.

Bagaimanapun pengendali Bayern, Thomas Tuchel melaungkan amaran bahawa gergasi Bundesliga Jerman itu telah bersedia untuk melakukan kejutan dalam perlawanan timbal balik kedua di Stadium Santiago Bernabeu pada 9 Mei depan.

Iklan
Iklan

"Inilah keputusannya dan tidak berbaloi untuk menghabiskan masa memikirkannya. Real telah melakukannya sebelum ini, untuk menjaringkan dua gol dengan dua peluang.

"Dan kami bukan pasukan pertama yang mengalaminya. Mereka mempunyai penamat dan mempunyai kualiti untuk melakukannya.

Iklan

"Kami mempunyai permulaan yang baik kemudian kami kehilangan sedikit rentak. Kami sepatutnya menjaringkan gol ketiga tetapi kami tidak cukup cekap dan tenang sebelum kami menghadiahkan mereka penalti,” kata Tuchel, yang akan meninggalkan Bayern pada penghujung musim selepas kempen domestik yang mengecewakan.

Bavarians menjaringkan dua gol dalam tempoh empat minit awal separuh masa kedua dengan rembatan Leroy Sane dan penalti Harry Kane untuk mengubah permainan selepas Vinicius Jr meletakkan pelawat di depan pada minit ke-24 diikuti jaringan penyamaan sepakan penalti pada minit ke-83.

Iklan

"Keadaan sekarang sangat jelas. Kami pergi ke Madrid dan pemenang akan mengambil semuanya. Kami bersedia untuk berjuang. Adalah penting untuk mempercayainya.

"Peluang Bayern masih menyala perlawanan adalah 50-50. Ia adalah salah satu tempat paling sukar untuk menang tetapi itu juga yang membuatkan cabaran ini menarik,” ujar Tuchel.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!