Majlis peralihan Haiti lantik Belizaire sebagai PM Baharu

Iklan
Fritz Belizaire

BANDARAYA MEXICO - Majlis peralihan Haiti menamakan bekas Menteri Sukan, Fritz Belizaire sebagai perdana menteri baharu negara itu, lapor Xinhua, memetik media tempatan pada Selasa.

Belizaire menggantikan Michel Patrick Boisvert yang memegang jawatan perdana menteri buat sementara waktu mulai 25 April, apabila majlis peralihan dilantik dan peletakan jawatan Ariel Henry diumumkan.

Iklan
Iklan

Ahli majlis mencapai persetujuan majoriti pada Selasa mengenai pelantikan itu tanpa memerlukan proses pilihan raya dalam usaha untuk segera memulihkan ketenteraman perlembagaan di negara Caribbean yang dilanda keganasan geng serta pergolakan politik dan sosial, lapor media tempatan.

Majlis yang dianggotai sembilan anggota itu termasuk dua pemerhati, ditugaskan untuk memimpin negara ke arah pilihan raya baharu pada 2026. - Bernama-Xinhua

Iklan
Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!