GOMBAK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam longkang di Taman Bukit Rawang Jaya, di sini, pada Rabu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mangsa ditemui pada jarak empat kilometer dari lokasi dilaporkan terjatuh.
Iklan
Iklan
"Kita menerima panggilan kejadian pada 5.28 petang, sebelum lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dikerah ke lokasi yang sejauh tujuh kilometer," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Ahmad Mukhlis berkata, setibanya di lokasi seeorang kanak-kanak lelaki dilaporkan telah jatuh ke dalam longkang sedalam 0.91 meter.
"Kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang dijalankan, sebelum mangsa ditemukan pada jam 6.30 petang.
"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!