Kami perlu masa bentuk keserasian - Sarjit

Iklan
Speedy Tigers berdepan New Zealand dalam aksi persahabatan di Ipoh, pada Rabu. Foto: MHC

PENGENDALI skuad hoki lelaki negara, Sarjit Singh menyifatkan perlawanan berintensiti tinggi berdepan pasukan ranking lebih baik merupakan peluang meningkatkan prestasi The Speedy Tigers.

Malah jelas Sarjit mengakui aksi sedemikian secara tidak langsung memberi manfaat cukup baik kepada penambahbaikan skuad negara.

Iklan
Iklan

Jelasnya, keputusan perlawanan bukan menjadi keutamaan tetapi dapat dilihat bagaimana pemain-pemain memberi komitmen sepenuh hati di atas padang.

"Perlawanan seperti ini yang kita mahukan, tempo perlawanan yang cukup tinggi dan memberi manfaat yang cukup baik kepada pemain-pemain.

Iklan

"Pujian juga harus diberikan kepada setiap pemain kerana memberi komitmen yang cukup baik dan seperti yang saya katakan, kami memerlukan masa untuk membentuk keserasian,” katanya selepas perlawanan persahabatan itu berakhir.

Speedy Tigers sebelum itu mendapat tonik terbaik untuk memulakan kempen Piala Sultan Azlan Shah 2024 selepas mengatasi skuad Olimpik Paris 2024, New Zealand, 3-2 dalam aksi persahabatan di Stadium Hoki Azlan Shah pada Rabu.

Iklan

Pada masa sama, Sarjit turut berharap komuniti hoki tempatan untuk terus memberi sokongan positif kepada Speedy Tigers dalam usahanya membentuk pasukan yang mantap.

"Saya harap semua pihak termasuk peminat dapat memberi sokongan penuh kepada kami dalam membentuk sebuah pasukan mantap,” katanya.

INFO

Piala Sultan Azlan Shah 2024

4 MEI

Malaysia lwn Pakistan (Juara tiga kali)

5 MEI

Malaysia lwn Kanada

7 MEI

Malaysia lwn New Zealand (Juara dua kali)

8 MEI

Malaysia lwn Jepun

10 MEI

Malaysia lwn Korea Selatan (Juara tiga kali)

* Semua perlawanan di Stadium Azlan Shah, Ipoh

INFO

4 hingga 11 Mei

Piala Sultan Azlan Shah

31 Mei hingga 9 Jun

Piala Negara-Negara (Poland)

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!