Amalkan konsep whistle blower perangi rasuah dalam organisasi

Iklan
Majikan atau pemilik syarikat disaran amal konsep whistle blower dalam organisasi sebagai usaha memerangi jenayah rasuah dalam kalangan pekerja. Foto hiasan

SHAH ALAM - Setiap majikan atau pemilik syarikat disarankan untuk mengamal konsep whistle blower dalam organisasi sebagai usaha memerangi jenayah rasuah dalam kalangan pekerja.

Yang Dipertua Ikram Kuala Lumpur, Zainal Adnan Abdul Halim berkata, tindakan tersebut sangat penting supaya setiap individu atau pekerja akan sentiasa merasa mereka dilindungi setiap kali ingin membuat aduan mengenai perilaku keji itu.

Iklan
Iklan

"Ia perlu disusuli dengan kawalan dalaman dan sentiasa melakukan penambaikan kepada setiap proses kerja dan penggunaan sumber di organisasi.

"Pelaksanaan polisi yang jelas terhadap setiap pekerja perlu dilakukan. Tindakan disiplin diberi kepada mereka yang terbukti melakukan kesalahan pecah amanah atau rasuah termasuk hukuman ditamatkan perkhidmatan dan tindakan undang-undang,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Tambah beliau, jika jenayah itu dibiarkan ia akan memberi kesan yang sangat buruk kepada masyarakat dan negara termasuk merosakkan nilai-nilai moral dan etika dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ujarnya, tanpa tindakan tegas membanteras jenayah itu menerusi inisiatif dan hukuman yang setimpal, kesan jangka panjangnya adalah keruntuhan seluruh sistem keadilan masyarakat.

Iklan

"Ia akan menghakis sikap jujur dan tiada lagi sifat integriti pekerja sewaktu melaksanakan tugas atau ketika berurusan dengan mana-mana pihak demi mendapatkan keuntungan peribadi.

"Kebiasaannya, individu terlibat dengan jenayah ini sudah terbiasa dengan gaya hidup mewah dan luar kemampuan. Oleh itu, mereka 'terpaksa' mencari pendapatan tambahan termasuk melalui cara yang tidak sah dan melanggar undang-undang,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!