Kenaikan gaji penjawat awam inisiatif terbaik bantu rakyat
Iklan
SHAH ALAM - Pengumuman kenaikan gaji lebih 13 peratus kepada penjawat awam mulai 1 Disember depan merupakan antara inisiatif terbaik dan diharapkan dapat membantu rakyat terutamanya golongan B40 dalam mendepani situasi ekonomi mencabar masa kini.
Presiden Persatuan Pesara Kerajaan dan Swasta (Pejasma), Datuk Azih Muda berkata, serentak dengan itu, apabila semakan gaji berlaku maka pesara-pesara kerajaan juga akan menerima impak kenaikannya berdasarkan peruntukan Perlembagaan.