Fokus rancak sektor pelancongan
Iklan
HULU SELANGOR - Merancakkan industri pelancongan dengan mewujudkan lebih banyak aktiviti ekonomi adalah antara perkara pertama yang akan dilakukan calon Pakatan Harapan (PH) sekiranya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei nanti.
Pang Sock Tao yang mewakili Kerajaan Perpaduan berkata, usaha itu akan dibuat dengan mengambil kira keunikan dan populariti kawasan tersebut sebagai destinasi pelancongan terkenal.