Hawa nafsu atasi iman dorong maksiat - Mufti

Iklan
Mohamad Sabri

SHAH ALAM - Salah laku jenayah seksual songsang membabitkan guru tahfiz terhadap pelajar berlaku kerana didorong hawa nafsu yang mengatasi kesabaran dan keimanan.

Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Harun berkata, seseorang yang benar-benar berilmu akan cuba mengawal sebaik mungkin dengan berjihad agar tidak berlaku kemaksiatan.

Iklan
Iklan

"Silapnya kerana tidak mampu membezakan antara ilmu dengan maklumat.

"Orang yang hanya bermaklumat dia tahu tetapi mungkin dia pandang kecil atau remeh terhadap kemaksiatan,” katanya ketika dihubungi.

Iklan

Mohamad Sabri turut mencadangkan agar setiap manusia menginsafi diri.

"Sebagai manusia yang mudah lalai dan leka perlulah berusaha bersungguh-sungguh di samping sentiasa bertaubat serta merasa malu kepada ALLAH.

Iklan

"Kita tidak boleh ego walaupun bergelar ustaz kerana kita tidak maksum, godaan kepada manusia khususnya yang ada gelaran ustaz lagi hebat serta mengancam. Kena sentiasa muhasabah diri,” tegasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!