Pelan pendidikan bukan formal alternatif tangani isu keciciran - MASA

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu.

SHAH ALAM - Pelan pendidikan bukan formal perlu diperkenalkan sebagai alternatif bagi menangani isu keciciran pembelajaran khususnya dalam kalangan pelajar B40.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Azril Mohd Amin berkata, usaha tersebut juga perlu diperkukuhkan dengan penglibatan organisasi masyarakat sivil.

Iklan
Iklan

Ujar beliau, ia berikutan kerajaan perlu menjadikan usaha untuk membantu kanak-kanak yang tercicir dalam pelajaran itu sebagai satu keutamaan dalam sistem pendidikan negara.

"Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu mengambil tanggungjawab ini dengan lebih serius beserta sokongan dan bantuan semua pihak yang berkenaan.

Iklan

"MASA memandang serius akan dapatan Laporan Bank Dunia serta menggesa pihak kerajaan untuk mengambil tindakan segera dan tidak hanya bersikap pasif terhadap isu ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Media sebelum ini melaporkan Laporan Bank Dunia bertajuk Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundational Skills yang memberi gambaran membimbangkan tentang sistem pendidikan di Malaysia.

Iklan

Dalam pada itu, menurut Azril, MASA turut mencadangkan agar penelitian tuntas dan telus terhadap sistem pendidikan dilakukan segera.

Ulas beliau, antaranya adalah mewujudkan kurikulum berfokus kepada kemahiran bagi menepati keperluan, latar belakang, tahap atau minat murid lemah akademik dan mengaktifkan jawatankuasa khas di peringkat sekolah dengan dianggotai oleh semua pihak yang berkaitan.

Katanya, ia termasuk KPM, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah, komuniti, ketua kampung atau taman dan pertubuhan bukan kerajaan.

"Ketiga, memastikan jawatankuasa dibentuk bekerjasama dalam menangani fenomena keciciran, meningkatkan penguasaan membaca, menulis dan mengira (3M) serta memberikan kemahiran diperlukan murid.

"Keempat, pendefinisian Akta Pendidikan Wajib perlu segera dilakukan dan diperkasakan merangkumi pendidikan peringkat menengah.

"Kelima, usaha membantu murid B40 bagi memenuhi keperluan keperluan asas, keselamatan, kasih sayang, penghargaan dan sempurna kendiri mereka perlu diberi perhatian,” menurut beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!