Asap rokok punca gadis disahkan hidap asma

Iklan
Gambar kecil: Anis ketika dimasukkan ke ward akibat bronkitis dan pneumonia

SHAH ALAM - Kehidupan seorang gadis berubah sekelip mata apabila disahkan menghidap asma setelah empat kali dimasukkan ke hospital akibat pneumonia dan bronkitis tahun lalu.

Pekerja swasta, Anis Halyatie, 27, berkata, semua aktiviti beriadah yang sering dilakukan seperti berbasikal dan berjoging menjadi terhad apabila badannya sudah tidak seperti dahulu.

Iklan
Iklan

"Dari kecil saya tak pernah ada asma sehinggalah satu hari saya batuk, sesak nafas dan muntah. Apabila kerap masuk hospital, doktor bertanya apa yang sebenarnya berlaku kerana sudah empat kali ditahan di wad akibat sakit sama.

"Saya maklumkan kepada pihak hospital bahawa orang sekeliling sering merokok... sejak daripada itu doktor mencadangkan supaya saya menjauhkan diri daripada asap rokok atau rokok elektronik (vape)," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Tambah anak sulung daripada lima adik-beradik itu, dia kini terpaksa membawa penyedut (inhaler) ke mana sahaja walaupun keadaan kesihatan sudah bertambah baik berbanding sebelum ini.

Menurutnya, perokok perlu menghentikan tabiat mereka kerana ia bukan sahaja memudaratkan diri sendiri malah lebih teruk kesannya kepada orang sekeliling.

Tangkap layar hantaran Anis di TikTok

Iklan

"Mungkin sekarang belum nampak (kesan merokok) tetapi kalau anda sayangkan orang terdekat (keluarga), cubalah berhenti perlahan-lahan sebab ia boleh menyebabkan kesihatan perokok pasif terjejas akibat terhidu asap (rokok).

"Kalau tak mahu berhenti, anda perlu ada 'common sense'. Cari lokasi yang disediakan, tempat terbuka atau jauhkan diri daripada orang sekeliling," ujarnya.

Mengulas lanjut Anis Halyatie berkata, pihak kerajaan perlu mempertingkatkan semula penguatkuasaan larangan merokok di semua premis makanan dan tempat awam.

Ujarnya, pihak terlibat boleh mewujudkan satu ruang atau lokasi khas terutamanya di tempat tumpuan orang ramai.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!