JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia lima tahun yang dilaporkan hilang setelah terjatuh di Sungai Skudai dekat Kampung Sepakat Baru pada Rabu, ditemukan meninggal dunia lewat malam tadi.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Kanan Penguasa Bomba, Saifulbahri Safar, mangsa ditemukan oleh anggota unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 130 meter dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh dengan kedalaman empat meter.
Iklan
Iklan
"Kami menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada jam 5.59 petang. Sebaik menerima panggilan berkenaan, satu pasukan keluaran operasi (PKO) melibatkan satu jentera 'fire rescue tender' (FRT) dan satu jentera unit perkhidmatan penyelamatan perawatan kecemasan (EMRS) dengan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai dihantar ke lokasi.
"Anggota PKO kemudiannya bertindak membuat pencarian di sepanjang tebing sungai sepanjang 800 meter dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh manakala anggota PPDA membuat operasi selama mengunakan teknik 'swift wiping'.
"Mangsa kemudiannya ditemui sekitar jam 11.15 malam," katanya.
Operasi ditamatkan pada jam 1.20 pagi.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!