Bursa Malaysia dibuka rendah

Iklan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.21 mata kepada 1,574.76 daripada 1,575.97 pada Selasa. Foto hiasan

BURSA Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki kebanyakan bursa serantau selepas prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur berikutan pelabur meneliti keputusan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) pada Rabu untuk mengekalkan kadar faedah utamanya.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.21 mata kepada 1,574.76 daripada 1,575.97 pada Selasa.

Iklan
Iklan

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah satu mata kepada 1,574.97.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 235 berbanding 124 manakala 271 kaunter tidak berubah, 1,660 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Iklan

Jumlah dagangan sebanyak 130.91 juta unit bernilai RM66.88 juta.

Bursa Malaysia dan anak syarikatnya ditutup pada Rabu sempena cuti Hari Pekerja.

Iklan

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, dalam kenyataan pada Rabu, Fed mencadangkan walaupun penurunan kadar mungkin langkah seterusnya, kemajuan berterusan untuk inflasi AS masih tidak menentu.

Dow Jones naik hanya 87 mata (0.20 peratus) untuk ditutup di bawah paras 38,000, bagaimanapun saham berkaitan kecerdasan buatan (AI) menghadapi kesukaran berikutan beberapa syarikat AI terkemuka melaporkan pendapatan yang kurang menggalakkan, menyebabkan Nasdaq merosot 52 mata untuk ditutup kepada 15,605.

Pak Leng berkata, dagangan rendah di rantau Asia.

"Di peringkat domestik, FBM KLCI ditutup rendah pada Selasa berikutan aktiviti pengambilan untung. Walaupun terdapat penurunan selepas mencatatkan kenaikan, kami melihat pembetulan ini sebagai konsolidasi yang baik untuk mengekalkan trend meningkat.

"Oleh itu, kami menjangka FBM KLCI akan diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,580 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan kaunter saham wajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM9.76, Public Bank menambah dua sen kepada RM4.17, CIMB dan Tenaga Nasional, masing-masing merosot dua sen kepada RM6.59 dan RM11.94 manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM6.33.

Bagi saham aktif, SNS naik dua sen kepada 38.5 sen, Eversendai meningkat satu sen kepada 39.5 sen manakala Sapura Energy, Iconic Worldwide dan MyEG, masing-masing tidak berubah pada 4.5 sen, 10.5 sen dan 93.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 11.29 mata kepada 11,860.97, Indeks FBMT 100 merosot 10.92 mata kepada 11,491.81 dan Indeks FBM 70 jatuh 24.44 mata kepada 16,596.81.

Indeks FBM ACE merosot 9.35 mata kepada 5,067.35 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 21.95 mata kepada 12,063.99.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 24.82 mata kepada 17,238.97 dan Indeks Perladangan menambah 3.88 mata kepada 7,440.64 manakala Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.12 mata kepada 189.02 dan Indeks Tenaga berkurangan 12.19 mata kepada 963.47. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!