Kerjasama pasukan Kerajaan Perpaduan lancarkan kempen calon PH

Iklan
Pang Sock Tao bergambar bersama penyokongnya ketika program jelajah mesra di pekan Kuala Kubu Baharu.

HULU SELANGOR - Pasukan Kerajaan Perpaduan menunjukkan komitmen yang amat tinggi dalam membantu menjayakan kempen bagi calon Pakatan Harapan (PH).

Pang Sock Tao berkata, kesungguhan yang ditunjukkan itu jelas membuktikan perpaduan yang utuh semua parti komponen dalam kerajaan.

Iklan
Iklan

Ujar calon berusia 31 tahun itu lagi, kerjasama yang diberikan semua pihak terlibat juga secara tidak langsung turut melancarkan proses kempennya untuk mendekati pengundi.

"Saya ingin mengucapkan terima kepada semua pihak yang bekerja bersungguh-sungguh untuk pastikan PH kekalkan kemenangan.

Iklan

"Jadi, apa yang saya boleh katakan perjalanan kempen yang telah berlangsung hampir seminggu ini amat lancar sekali," katanya ketika program jelajah mesra di sekitar pekan Kuala Kubu Baharu di sini pada Khamis.

Sementara itu, ditanya mengenai jumlah peratusan pengundi yang ditemuinya setakat kempen bermula hinggi kini, Sock Tao berkata, beliau tidak memiliki angka tersebut.

Iklan

Ini kerana katanya, tumpuan adalah untuk bertemu atau mendekati seramai mungkin pengundi yang terdiri segenap lapisan masyarakat.

"Saya tidak memiliki angka peratusan itu kerana agenda utama saya untuk menyantuni semua pengundi di Kuala Kubu Baharu," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!