Minta dimandikan petanda pergi selamanya

Iklan
Mohd Nor Syawal dan isteri. Gambar kecil: Mohamad Nor Ramadhan

JOHOR BAHRU - Keceriaan seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia lima tahun menjadi petanda pemergiannya apabila ditemukan meninggal dunia lewat malam Rabu setelah terjatuh ke dalam Sungai Skudai di Kampung Sepakat Baru di sini.

Menurut bapa mangsa, Mohamad Nor Syawal Md Nisam, 31, yang menetap di Taman Cendana, Pasir Gudang, perkara yang paling membuatkannya terharu adalah apabila Allahyarham menghulurkan tangan kepadanya meminta untuk dimandikan.

Iklan
Iklan

Katanya, sebelum ini Allahyarham akan sentiasa menangis dan meragam, setiap kali mahu dimandikannya.

"Sebelum ni memang susah kalau saya nak mandikan dia, tapi semalam senang pula dan dia yang hulur tangan kepada saya untuk dimandikan sebelum kami ke Kampung Sepakat Baru sebab ada perjumpaan keluarga.

Iklan

"Tak lama lepas tu, abang ipar tanya saya, Adan (nama gelaran Mohamad Nor Ramadhan) mana? Masa itu semua orang hentikan aktiviti dan mencari dia termasuklah orang-orang kampung... akhirnya anak saya ditemui pukul 11 lebih semalam (Rabu)," katanya kepada Sinar Harian.

Mohamad Nor Ramadan bersekolah di pusat Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)) Kota Masai.

Iklan

Tambah Mohamad Nor Syawal, baru-baru ini anaknya juga mendapat tempat pertama bagi pertandingan TikTok raya anjuran PDK berkenaan.

"Saya juga baru sahaja dapat anak kedua, lelaki dan sekarang umurnya enam bulan.

"Adan pun agak rapat dengan adiknya tu dan adiknya pun nampak macam seronok bila bermain-main dengan dia," katanya.

Sementara itu isterinya, Zizie Izette Zainuddin, 26 berkata, Allahyarham tidak menunjukkan apa-apa tanda atau berkelakuan pelik sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Malah katanya, Allahyarham kelihatan cerita dan tambahan pula rakaman video TikToknya mendapat tempat pertama di peringkat PDK Kota Masai.

"Memang seronok dan rasanya mungkin itulah kenangan terakhir saya dengan dia," katanya.

Difahamkan, Allahyarham bakal dikebumikan di Kota Masai.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!