LRT di Langkawi masih peringkat kajian - Exco Kedah

Iklan
Mohd Salleh (dua dari kiri) menerima cenderahati daripada Dzowahir pada Program Perasmian Fiesta Mempelam Kedah di Pusat Teknologi Mempelam Sala Kanan di Yan pada Khamis.

YAN - Cadangan pembinaan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) di Langkawi dijangka mampu menjadi daya tarikan kepada lebih ramai pelancong untuk mengunjungi pulau peranginan itu.

Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Kedah, Datuk Mohd Salleh Saidin berkata, usaha itu perlu kerana mampu menjadi nilai tambah kepada Langkawi yang merupakan antara destinasi pelancongan dunia.

Iklan
Iklan

Menurutnya, jika ada pihak yang tidak bersetuju dan memandang rendah usaha berkenaan, ia merupakan pandangan dan hak masing-masing.

"Bagi pihak kerajaan negeri, itu adalah usaha bersungguh-sungguh kepimpinan hari ini untuk sama-sama membangunkan dan memajukan Kedah.

Iklan

"Bagi saya kalau ada LRT, sudah tentu akan menjadi satu daya tarikan untuk orang datang ke Langkawi," katanya ketika sidang akhbar selepas perasmian Fiesta Mempelam Kedah di Pusat Teknologi Mempelam Sala Kanan, di sini pada Khamis.

Majlis dirasmikan Exco Pertanian, Perladangan, Pengangkutan Kedah, Dzowahir Ab Ghani.

Iklan

Mohd Salleh berkata, beliau mengalu-alukan kerjasama tersebut daripada syarikat Korea Selatan dalam usaha untuk merealisasikan The Greater Kedah.

"Pandangan ini macam-macam, ada yang setuju dengan A ada yang tidak setuju.

"Ini adalah satu inisiatif di bawah kepimpinan MB Kedah dan sebagai rakyat kita perlu menyokong dan melihat positif usaha ini," ujar beliau.

Pada Khamis, Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada Khamis melihat cadangan terbaharu membina LRT di Langkawi dilihat sekadar omong kosong.

Mahdzir menyifatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sekadar juru umum kerana sering membuat pengumuman tentang pembangunan yang ingin direalisasikan.