Grab Malaysia raikan pemenang bertuah untuk tunaikan Umrah dengan orang tersayang

Iklan
Pemenang bertuah Cabaran Ramadan-UmrahGrab bergambar bersama Rashid Shukor (berdiri), Pengarah Operasi Negara dan Mobiliti, Grab Malaysia, dan Nur Zafira Azahar (berdiri, enam dari kanan), Ketua Kualiti & Penglibatan Platform, Grab Malaysia,  (berdiri, enam dari kanan) pada majlis penyampaian hadiah.

PETALING JAYA - Inisiatif Cabaran Ramadan-UmrahGrab Malaysia mendapat sambutan yang menggalakkan, dengan hampir 539,000 pengguna Grab, serta rakan pemandu dan rakan penghantar Grab menyertai cabaran ini.

Inisiatif yang menawarkan peluang kepada peserta untuk memenangi Pakej Umrah yang ditanggung sepenuhnya itu, merupakan salah satu daripada pelbagai inisiatif yang dianjurkan syarikat itu untuk menyambut bulan Ramadan yang mulia bersama penggunanya, serta rakan-pemandu dan penghantarnya.

Untuk meraikan kejayaan kempen ini, Grab Malaysia menganjurkan majlis penyampaian hadiah di mana para pemenang dianugerahkan dengan Pakej Umrah 12 hari 10 malam yang ditanggung sepenuhnya untuk mereka dan seorang yang tersayang.

Pakej tersebut termasuk perkhidmatan pengangkutan ke lapangan terbang, penginapan di Mekah dan Madinah, makan minum, buku panduan umrah dan kursus serta seorang mutawif yang ditugaskan khas untuk mengiringi mereka bagi memastikan perjalanan di Tanah Suci berjalan dengan lancar dan selesa.

Antara kisah penyertaan yang menyentuh perasaan adalah satu perkongsian oleh seorang rakan penghantar Grab dari Pulau Pinang, Muhammad Faizal Zainor Abidin, yang memang memasang impian untuk membawa isterinya menunaikan ibadah umrah serta menziarahi pusara ayahnya yang telah meninggal dunia di Mekah.

"Selama ini memang menjadi impian sepanjang hayat saya untuk membawa keluarga saya melawat kubur ayah yang telah meninggal dunia di sana (Mekah) dan berkongsi kisah-kisah keluarga kami dengan arwah.

"Manakala isteri pula telah menjadi sumber kekuatan bagi saya terutamanya dalam menempuh detik-detik sukar sebelum ini. Saya kehilangan pekerjaan semasa pandemik, tetapi sikap positif dan sokongan beliau (isteri) menjadikan kami terus gigih berdepan segala cabaran sebagai sebuah keluarga demi masa depan anak-anak kami," jelasnya.

Faizal yang sudah menjadi rakan- penghantar Grab sejak 2021, bersama isterinya, Nas di majlis penyampaian hadiah Cabaran Ramadan-UmrahGrab.


Faizal yang sudah menjadi rakan- penghantar Grab sejak 2021, bersama isterinya, Nas di majlis penyampaian hadiah Cabaran Ramadan-UmrahGrab.

Kisah Faizal yang menyentuh hati itu memberi gambaran tentang kepentingan ikatan keluarga dan peluang untuk penyembuhan dan pengukuhan hubungan rohani yang diperolehi melalui ibadah umrah.

Manakala bagi Farah Nabilah, seorang pengguna Grab yang setia, beliau bertekad untuk memenangi perjalanan suci itu bagi diri dan ibunya sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan besar dan sokongan tak pernah berbelah bahagi oleh seorang ibu.

Farah (kiri) telah menjadi pengguna setia Grab sejak 2016,bersama adiknya, Ika, di majlis penyampaian hadiah Cabaran Ramadan-UmrahGrab.
Iklan


Perkongsian kisah Farah itu menunjukkan semangat penghargaan dan kesetiaan anak kepada ibu serta mencerminkan nilai-nilai ihsan dan kemurahan hati.

"Ibu saya memang banyak berkorban, sentiasa memberi keutamaan kepada keperluan adik-beradik saya dan saya sendiri. Beliau adalah sumber inspirasi dan memberi dorongan kepada kami untuk mengejar impian serta tidak pernah berputus asa.

"Hari ini, berkat doa dan sokongan tidak berbelah bahagi ibu termasuk adik-beradik serta keikhlasan Grab Malaysia, saya gembira kerana akhirnya dapat memberikan perjalanan umrah ini untuk ibu sebagai hadiah hari jadi ke-55. Sebagai seorang yang gemar mengembara, saya juga akhirnya dapat menyempurnakan satu lagi destinasi dari senarai impian saya," katanya.

Sementara itu, Pengarah Operasi dan Mobiliti Negara, Grab Malaysia, Rashid Shukor melahirkan penghargaannya terhadap penyertaan yang menggalakkan dalam pertandingan Cabaran Ramadan-UmrahGrab.

Beliau turut menekankan tentang komitmen Grab untuk memberikan pengalaman yang bermakna dan menangani pelbagai impian serta aspirasi semua rakyat Malaysia.

Katanya, kempen berkenaan menggambarkan dedikasi berterusan Grab untuk menyediakan keselesaan dan memupuk rasa syukur terhadap rakan- pemandu dan penghantar Grab, yang memainkan peranan penting dalam kejayaan platform ini.

"Saya benar-benar terinspirasi dengan penyertaan yang meluas dalam pertandingan Cabaran Ramadan-UmrahGrab kami kerana ia menyerlahkan semangat komuniti yang kuat dimiliki di Grab Malaysia.

"Kami memahami kepentingan menunaikan umrah bagi umat Islam di Malaysia dan amat gembira kerana dapat memainkan peranan dalam membantu menjadikan impian mereka suatu kenyataan melalui cabaran ini.

"Cabaran yang diiringi dengan inisiatif lain di bawah kempen Kebaikan Dalam Setiap Pesanan ini merupakan satu kesinambungan usaha kami untuk memperjuangkan kepelbagaian dan kebolehcapaian, mengiktiraf pelbagai impian dan aspirasi setiap rakyat Malaysia. Kami juga akan berusaha meneruskan lebih banyak inisiatif bermakna yang mampu memenuhi keperluan rakyat Malaysia pada hari ini dan mencipta impak berkekalan bagi mereka yang telah berjaya serta berkembang bersama Grab,” katanya.

Pemenang lain yang menerima Pakej Umrah yang ditaja penuh ini ialah

Pengguna Grab


1. Farah Nabilah Mohamad Yusof - Pengguna Grab sejak 2016

2. Mohammad Iqbal Abdul Hamid - Pengguna Grab sejak 2014

3. Nor Azdan Nordin - Pengguna Grab sejak 2015

4. Nur Hikmah Hasan - Pengguna Grab sejak 2017

5.Ridzuan Azmi - Pengguna Grab sejak 2018

Rakan Grab

1. Azzmeir Yunadi Mazlan – Rakan- Penghantar Grab sejak 2022

2. Muhamad Edzuan Mohd Nasir – Rakan- Pemandu Grab sejak 2017

3. Muhammad Faizal Zainor Abidin – Rakan- Penghantar Grab sejak 2021

4. Muhammad Khairul Adib Mohd Rashid – Rakan- Penghantar Grab sejak 2020

5. Nur Fadzliana Mohammad Ali – Rakan- Pemandu Grab sejak 2023

Inisiatif Cabaran Ramadan-UmrahGrab ini adalah sebahagian daripada kempen Ramadan yang lebih besar oleh Grab Malaysia, bertemakan Kebaikan Dalam Setiap Pesanan.

Selain itu, Grab Malaysia terus melaksanakan usaha dengan mengumpulkan dana bagi pelbagai NGO, seperti Mercy Malaysia, PERTIWI dan The Lost Food Project, untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik semasa Ramadan lalu.

Iklan
Iklan
Iklan