PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis menegur Jabatan Imigresen berhubung isu kesesakan di pintu masuk negara khususnya di lapangan terbang.
Menyifatkan teguran itu ibarat ‘kasih kepada anak’ bagi menambah baik perkhidmatan agensi berkenaan dalam menangani isu kesesakan kemasukan pelancong asing ke Malaysia, Anwar berkata, pelancong tidak akan menerima sebarang alasan susulan kelewatan yang mengakibatkan mereka menunggu lebih lama dan berharap perkara tersebut dapat ditangani dengan baik.