Tak susah buat pengundi tolak BN, kata Azmin

Iklan
Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menyampaikan ceramah perdana bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, di pekarangan rumah Abdul Sani Maarif di Kampung Pimping Membakut dekat sini malam ini.
 - Foto Bernama

KIMANIS - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyeru pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis supaya memberi isyarat jelas dengan menolak UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada hari pengundian, Sabtu ini.

Beliau berkata pengundi di kawasan itu tidak perlu membuat keputusan sukar, sebaliknya, memilih calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Karim Bujang berbanding calon BN, Datuk Mohamad Alamin, kerana ​​​​​​​​​​​​​​kedua-dua parti bertanding mempunyai rekod pencapaian sendiri dan cukup dikenali oleh penduduk Sabah.

Iklan
Iklan

"Bukan sukar untuk (pengundi) membuat keputusan, kita ada dua pilihan (pertama) parti Warisan yang peduli rakyat dan komited membangunkan negeri Sabah, jadi kita perlu sokong Warisan.

"(Atau) Nak pilih BN yang mana (kebanyakan) pimpinan mereka kini sedang menunggu giliran untuk masuk ke penjara (berdepan pelbagai kes mahkamah),” katanya semasa berkempen bagi PRK Kimanis di Kampung Pimping, Membakut, malam ini.

Iklan
Iklan

PRK Parlimen Kimanis, menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Karim dan Mohamad. - Bernama