Kemarau: Telaga banyak kering, tanaman tidak menjadi

Iklan
Hakimi Amir menunjukkan sudah dua bulan tali air di Kampung Langgut di Kota Bharu kering.

KOTA BHARU - Cuaca panas dan kemarau yang melanda negeri ini semakin dirasai oleh penduduk apabila air telaga, tali air dan sungai dilihat mulai kering sejak dua bulan lalu.

Tinjauan Sinar Harian mendapati situasi itu menjejaskan rutin harian penduduk selain pesawah, petani serta pekebun berdepan kerugian akibat kemarau.

Iklan
Iklan

Seorang penduduk dari Kampung Baroh Pial, Rantau Panjang, Mariam Seman, 46, berkata, kebanyakan telaga berhampiran kawasan rumah mulai kering.

"Lebih 50 buah keluarga di sini berdepan dengan masalah bekalan air apabila semua telaga yang ada mulai kering sejak dua bulan lalu. Ketika ini kami terpaksa berulang-alik sejauh dua kilometer untuk memunggah air di sebuah telaga yang terdapat di kebun getah.

Iklan

"Hanya telaga di kawasan itu masih belum kering, jadi kami bergantung sepenuhnya kepada telaga tersebut. Begitu juga dengan penduduk lain yang terpaksa menumpang telaga di merata kampung berhampiran," katanya.

Keadaan tanaman padi yang rosak akibat cuaca kemarau di Kampung Langgut, Kota Bharu.

Menurutnya, pada masa sama kebanyakan penduduk terpaksa berjimat cermat bagi memastikan tidak terputus bekalan.

Iklan

Ujarnya, ketika ini dia berdepan detik sukar apabila terpaksa menguruskan anak yang baru bersalin.

Katanya, sudah dua bulan kawasan tersebut tidak hujan sekali gus menyaksikan banyak tanaman musnah.

Salah seorang penduduk di Kampung Baroh Pial, Rantau Panjang terpaksa memunggah air dari sebuah telaga di kebun getah berhampiran apabila telaga di kampung tersebut kering sejak dua bulan lalu.

"Hasil tinjauan saya mendapati banyak tanaman seperti padi dan sayur-sayuran yang diusahakan penduduk tidak menjadi dan musnah.

"Sebelum ini, penduduk telah menjalankan solat sunat Istisqa' memohon hujan sebagai ikhtiar. Insya-ALLAH kami akan laksanakan sekali lagi esok (Jumaat) sebagaimana yang dipinta oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)," katanya.

Sementara itu, petani, Hakimi Amir Mohd Salam, 29, berkata, sudah dua bulan kawasan tali air di Kampung Langgut di sini kering.

Hakimi Amir menunjukkan keadaan terkini tanaman padi di Kampung Langgut, Kota Bharu.

"Situasi itu menyebabkan banyak tanaman padi musnah akibat kekurangan air. Bila air kering, kami tidak dapat mengepamnya masuk ke dalam sawah.

"Jadi saya harap kemarau ini tidak berpanjangan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!