Kemenangan di PRK KKB akan jadi manifestasi perpaduan - Ahmad Maslan

Iklan
Ahmad Maslan

HULU SELANGOR - Kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB), 11 Mei ini akan menjadi manifestasi perpaduan Barisan Nasional (BN) dan PH dalam menghadapi PRK lain, sekiranya diadakan pada masa depan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kemenangan itu bukan sahaja akan membakar semangat parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan, malah menterjemahkan kekuatan kerjasama antara kesemua 18 parti.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, berbanding sebelum ini, PRK berkenaan juga ialah ujian kali pertama BN berkempen bagi calon DAP.

"Itu sebab mengapa di sini amat penting untuk kita menang...satu manifestasi yang baik hasil perpaduan parti-parti yang boleh memenangkan sesuatu tempat yang sukar. Kalau menang di sini, kita juga boleh menang pada PRK lain," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Media Jabatan Penerangan PRK KKB di sini pada Khamis.

Iklan

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, kemenangan calon PH akan membolehkan beliau berperanan sebagai jambatan dengan kerajaan negeri dan Persekutuan dalam membantu menyelesaikan permasalahan rakyat.

Pada PRK berkenaan, calon PH, Pang Sock Tao ditentang tiga pencabar iaitu Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Iklan

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!