TOKYO - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini, lapor Sputnik.
"Berikutan pengesanan virus avian influenza yang tinggi dengan patogen di Bandar Tomisato, penakaian 57,486 ayam telah dilaksanakan sepenuhnya,” kata pentadbiran wilayah itu pada Khamis.
Iklan
Iklan
Digabungkan dengan 10 wabak sebelumnya sejak November 2023, jumlah ayam ditakai di Jepun kerana selesema burung mencecah 1.07 bilion, menurut anggaran Sputnik.
Jika selesema burung dikesan, kuarantin ke atas pengangkutan telur dan ayam dalam radius tiga kilometer akan dilaksanakan di sekeliling ladang ternakan yang mana wabak itu dikesan dan eksport ayam dan telur di luar zon 10 kilometer adalah dilarang.
Pada musim lepas, 84 kes selesema burung direkodkan, mengakibatkan penakaian 17.71 juta burung mengakibatkan kekurangan bekalan dan peningkatan mendadak harga telur di dalam negara. - Bernama-Sputnik
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Artikel Berkaitan