Berpolitik hanya lima tahun sekali - MB Kelantan

Iklan
Mohd Nassuruddin (kiri) bersama Anwar semasa Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 di RTC Bandar Baru Tunjong di Kota Bharu pada Khamis.

KOTA BHARU -"Saya dah sebut pada Perdana Menteri, berpolitik ini lima tahun sekali," demikian ucapan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berharap hubungan baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan sejak dari zaman Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat kemudian mantan, Datuk Ahmad Yakob akan diteruskan di zamannya sebagai Menteri Besar Kelantan.

Iklan
Iklan

"Bagi saya berpolitik ini masa pilihan raya.

"Setelah diberi mandat, kerajaan negeri dan Persekutuan mestilah beri tumpuan kepada kebajikan rakyat," katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 bersama Perdana Menteri Peringkat Negeri Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Bandar Baru Tunjong di sini, pada Khamis.

Iklan

Mengulas mengenai sambutan itu, Mohd Nassaruddin memberitahu, sambutan tersebut menjadi kebersamaan hubungan antara negeri dengan Persekutuan.

Katanya, ia sekali gus menunjukkan semangat federalisme tinggi antara pusat dengan negeri.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!