Medan kaum India 'ajar' Kerajaan Perpaduan?
Iklan
TIDAK mustahil Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) pada 11 Mei ini bakal menjadi medan referendum pengundi India meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan.
Di sebalik tumpuan umum lebih ke arah sejauh mana sokongan pengundi Melayu terhadap calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor tahun lalu akan terus kekal atau calon Pakatan Harapan (PH) bakal meneruskan dominasi sokongan pengundi Cina sejak tiga penggal pilihan raya umum (PRU) lalu.