Usah buat spekulasi insiden menimpa Akhyar - TFC

Iklan
Laporan Sinar Harian.

KELAB bola sepak Terengganu FC (TFC) meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi liar terhadap insiden yang menimpa pemain sayap pasukan itu, Akhyar Rashid yang cedera dipukul selepas disamun.

Menurut kenyataan itu, kejadian berlaku sekitar jam 8.30 malam pada Khamis menyebabkan pemain tersebut mengalami kecederaan ringan pada bahagian kepala dan kaki.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, kata kenyataan itu, Akhyar dilaporkan berada di dalam keadaan stabil setelah diberi rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini pada malam Khamis.

"Kelab Terengganu FC memandang serius terhadap perkara yang berlaku dan pihak polis juga sedang membuat siasatan berhubung insiden berkenaan.

Iklan

"Justeru, kita memohon agar tiada pihak yang membuat sebarang spekulasi liar terhadap insiden ini bagi mengelakkan gangguan terhadap proses siasatan pihak berkuasa," kata kenyataan dikeluarkan di laman Facebook rasmi pasukan itu awal pagi Jumaat.

Dalam pada itu, TFC turut meminta semua pihak terutama peminat sukan bola sepak menitipkan doa buat Akhyar.

Iklan

"Kami juga menyeru penyokong dan peminat bola sepak di seluruh Malaysia agar dapat mendoakan kesembuhan buat Akhyar Rashid," jelas kenyataan itu.

Malam tadi tular di media sosial beberapa keping gambar dan rakaman video memaparkan kejadian menimpa pemain pinjaman Johor Darul Ta'zim (JDT) itu di sebuah kondominium di sini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!