[VIDEO] PRK KKB: Pemimpin Bersatu berkempen ikut cara sendiri

Iklan

HULU SELANGOR - Tiada pemimpin utama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang memboikot calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut sepanjang kempen berlangsung.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan, perkara itu sengaja dimainkan bagi memberi gambaran hubungan tidak baik antara pimpinan parti.

Iklan
Iklan

"Saya sahkan ini adalah satu perkara yang diada-adakan, tidak benar (kerana) hubungan pemimpin tertinggi Bersatu amat baik.

"Kami baru sambut hari raya bersama Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin), Datuk Seri Ronald Kiandee (Naib Presiden Bersatu) dan lain-lain pimpinan tertinggi (selain) seluruh jentera mereka bersama dari hari penamaan calon," katanya ketika ditemui selepas Ceramah Umum PN di Hulu Yam, malam Khamis.

Iklan
Ahmad Faizal ketika Ceramah Umum PN di Hulu Yam pada malam Khamis.

Wujud dakwaan sebilangan pemimpin parti itu memboikot Khairul Azhari susulan ketiadaan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam mana-mana kempen calon PN di Kuala Kubu Baharu.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal menjelaskan, Hamzah sentiasa menjalankan tanggungjawabnya terhadap parti dengan berkempen mengikut cara tersendiri.

Iklan

"Sebagai Setiausaha Agung Bersatu dan PN, tentunya beliau berada di banyak tempat, tetapi saya membuat keputusan berada di dua pusat daerah mengundi dan memberi fokus bekerja di sana, sebab itu orang nampak.

"Mungkin beliau memainkan peranan lain yang orang ramai tak melihat tetapi kami bekerjasama dengan kukuh," tegasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!