[VIDEO] Titah Adendum: Pas dakwa kerajaan tidak jujur

Iklan

SHAH ALAM - Pas mendakwa kegagalan kerajaan bersikap jujur dan telus berhubung isu Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 membabitkan tahanan di rumah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh diterima malah zalim serta melampaui batas.

Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan berkata, susulan itu kerajaan perlu bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara sebenar selain mengambil langkah bermaruah membetulkan keadaan kerana taruhannya sangat besar.

Iklan
Iklan

Katanya, ia bukan sahaja melibatkan kesejahteraan diri seorang individu namun lebih penting ialah kemaslahatan negara dan rakyat serta keutuhan sistem kenegaraan.

"Kita tidak boleh biarkan sistem kenegaraan terus ditekan dan dicabar oleh kelemahan atau kegagalan kerajaan sekarang serta kepimpinannya.

Iklan

Takiyuddin Hassan

Iklan

Pada Khamis, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz gagal untuk memfailkan afidavit di Mahkamah bagi membetulkan fakta yang didakwa tidak tepat, berhubung Titah Adendum berhubung kes pengampunan Najib.

Hakim, Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian semasa pendengaran permohonan kebenaran Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO ini untuk memfailkan afidavit bagi membetulkan kesilapan fakta dalam afidavit dikemukakan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tambah Takiyuddin, kegagalan itu akan menimbulkan pelbagai persoalan teras melibatkan integriti, kejujuran dan ketelusan kerajaan serta kedudukan maruah Raja-Raja Melayu.

"Tanpa merujuk kepada alasan penghakiman ketika menolak permohonan tersebut, Pas percaya percanggahan fakta antara dua orang menteri dalam kerajaan yang sama memberi gambaran sangat buruk tentang keutuhan kerajaan.

"Selain itu, ia turut mendedahkan sikap sebenar kerajaan berhubung kedudukan dan keutamaan perintah seorang ketua negara," jelasnya.

Menurut beliau, keadaan itu diburukkan lagi oleh beberapa kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seolah-olah mahu lepas tangan dan berdolak-dalik untuk tidak menjawab isu berkenaan.

"Sedangkan, sebelum itu menurut dakwaan beliau, Tengku Zafrul memaklumkan kepadanya tentang kewujudan Titah Addendum tersebut pada 29 Januari lagi,'' katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!