Program MADANI Rakyat 2024

Iklan
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara yang menyediakan 196 perkhidmatan kementerian dan agensi kerajaan akan membuka tirai di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang hari ini.

Program MADANI yang bermula 9 pagi hingga 10 malam itu ialah platform untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat memahami dan menilai dasar serta inisiatif baharu dilaksanakan Kerajaan MADANI dalam usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.

Penganjuran siri kedua Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara anjuran Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dengan kerjasama strategik Kementerian Pengangkutan (MOT) dan kerajaan Pulau Pinang itu merangkumi tiga negeri utara Semenanjung iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.