Gelombang haba: Institusi pendidikan di Kerala, India ditutup

Iklan
Kanak-kanak berlindung daripada matahari dengan payung semasa melakukan perjalanan di belakang kereta basikal semasa musim panas yang panas di New Delhi pada Khamis. Foto AFP

NEW DELHI - Pihak kerajaan tempatan di negeri selatan India, Kerala pada Khamis mengarahkan penutupan institusi pendidikan di sana sehingga 6 Mei ini berikutan keadaan cuaca yang amat panas, lapor Xinhua.

Pegawai kerajaan tempatan telah mengarahkan orang ramai supaya meminimumkan pendedahan langsung kepada cahaya matahari dan menggesa pihak berkuasa berkaitan supaya memantau keadaan bagi mengelakkan kebakaran.

Iklan
Iklan

Jabatan Meteorologi India meramalkan gelombang haba akan berterusan di Daerah Alappuzha, Palakkad, Thrissur and Kozhikode sehingga Jumaat.

Amaran kuning telah dikeluarkan di keempat-empat daerah ini.

Iklan

Suhu maksimum di Daerah Palakkad berkemungkinan meningkat sehingga 40 darjah Celcius dan di Daerah Kollam, Thrissur serta Kozhikode mencecah 39 darjah Celcius.

Menurut laporan media tempatan, dua orang mati awal minggu ini di Kerala akibat gelombang haba yang berterusan. - Bernama/Xinhua

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!