15 terbunuh, 22 cedera nahas jalan raya di utara Pakistan

Iklan
Mangsa yang cedera dalam kemalangan bas di wilayah Gilgit-Baltistan menerima rawatan di hospital di Chilas, Pakistan pada Jumaat. Foto EPA

ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya 15 orang maut dan 22 lagi cedera pada pagi Jumaat selepas sebuah bas terjatuh ke dalam gaung di Daerah Diamir, Wilayah Gilgit-Baltistan (GB) di utara Pakistan, kata seorang pegawai.

Jurucakap bagi Ketua Menteri GB Faizullah Faraq memberitahu Xinhua, bas itu terjatuh ke dalam gaung semasa sedang melalui sebuah selekoh yang tajam di kawasan Yashoo Kheal Das.

Iklan
Iklan

Polis dan pasukan penyelamat bergegas ke tempat kejadian dan mengeluarkan 15 mayat dan 22 orang yang cedera termasuk wanita dan kanak-kanak dan membawa mereka ke hospital berhampiran.

Pegawai berkenaan berkata, angka kematian mungkin meningkat kerana beberapa orang yang cedera berada dalam keadaan kritikal dan beberapa orang penumpang masih lagi terperangkap di dalam bas.

Iklan

Jurucakap itu berkata, bas itu sedang menuju ke Daerah Hunza dari Bandar Rawalpindi.

Laporan awal polis berkata, kemalangan itu berlaku selepas pemandu itu kehilangan kawalan ke atas bas itu kerana memandu dengan laju semasa di selekoh. - Bernama/Xinhua

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!