KUALA LUMPUR - UMNO tetap memberikan sokongan penuh kepada calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini.
Setiausaha Agungnya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, UMNO sedia memberikan komitmen penuh untuk membantu dengan menggerakkan jentera bahagian daripada seluruh Selangor dan negeri-negeri yang diterajui UMNO.
Iklan
Iklan
"Selain itu, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO turut membuat ketetapan dan menyokong pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam lebih 13 peratus mulai 1 Disember akan datang," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Asyraf berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat berkenaan yang dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat.
"UMNO juga akan menyambut ulang tahunnya yang ke-78 pada 11 Mei ini yang akan diadakan serentak di seluruh negara.
"Badan Perhubungan UMNO Negeri-Negeri, Ibu Pejabat UMNO Malaysia bersama Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan akan mengadakan majlis solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, WTC, Kuala Lumpur," katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!